Pelaburan akan terus meningkat

Melabur dalam unit trust ini boleh memberi kita pilihan untuk memegang aset kewangan berbentuk saham, bon kerajaan (government bond) dan aset dalam pasaran wang (money market). Secara mudahnya, saham atau ekuiti merupakan belian pegangan milikan dalam sesebuah syarikat. Manakala pegangan dalam money market ialah suatu portfolio kewangan berjangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun); sebaliknya, bon kerajaan merupakan pegangan jangka masa panjang kerana ianya melibatkan pulangan pinjaman (termasuk keuntungan) yang dibayar oleh kerajaan kepada pelabur.

Graf di bawah menunjukkan kemampuan pulangan yang boleh diperolehi daripada pasaran saham. Ini berikutan trend menaik yang biasanya ditunjukkan oleh pasaran saham khususnya bila dilihat dari sudut jangka masa yang panjang.


Katakan anda masuk di pasaran pada tahun 1984, dan jika dilihat pada kedudukan Bursa Malaysia seperti yang digambarkan pada paras Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) pada tahun 1994, anda dijangka mendapat pulangan yang positif untuk tempoh 10 tahun tersebut. Ini juga bermakna keadaan ekonomi negara secara umumnya berada pada kedudukan yang semakin baik. Namun, sekiranya anda hanya mengeluarkan pelaburan anda setelah berlakunya krisis ekonomi tahun 1997 dan 1998, berkemungkinan besar anda hanya mendapat pulangan yang sedikit. Keadaan yang paling teruk pula ialah pelaburan anda tidak mendapat sebarang kenaikan sama sekali sekiranya anda keluar pada paras terendah iaitu sekitar tahun 1999.

Ingin saya tekankan bahawa perbincangan ini hanya berdasarkan perubahan harga saham semata dan tidak mengambil kira tambahan pegangan saham yang anda boleh perolehi daripada dividen yang dibayar setiap tahun. Dividen yang dibayar setiap tahun memberikan anda pegangan unit saham yang lebih tahun demi tahun. Walaupun harga saham tidak meningkat tinggi, mahupun berada pada paras yang sama seperti anda mula melabur, berkemungkinan besar anda akan tetap mendapat pulangan positif setelah 5 ke 10 tahun melabur kerana jumlah unit saham yang anda pegang adalah lebih banyak berbanding pegangan pada tarikh permulaan pelaburan.

Ini adalah kemampuan yang ditawarkan oleh pelaburan di unit trust. Saya harap perkongsian ini bermakna dan memberi kefahaman kenapa unit trust adalah antara pilihan pelaburan yang baik khususnya bagi tempoh sederhana dan panjang.

#unittrust
#wealthbuilding
#mediumtolongterm
#startinvestingnow
#savingsforthefuture

Comments

Popular posts from this blog

Ruginya tak melabur di Unit Trust