Posts

Tiada definisi waktu terbaik Dalam pelaburan, biasa kita dengar waktu kena terbaik baru kita masuk. Bila market down, secara normalnya kita rasa jangan masuk nanti akan rugi. Bila kita tengok orang lari, kita pun mengelak juga. Pada mata usahawan berpandangan jauh, bila tidak ramai orang itulah adanya peluang. Bila market tengah jatuh itulah masa terbaik untuk masuk. Harga barang termasuk harga saham boleh dibeli dengan murah.
Image
Pelaburan akan terus meningkat Melabur dalam unit trust ini boleh memberi kita pilihan untuk memegang aset kewangan berbentuk saham, bon kerajaan ( government bond ) dan aset dalam pasaran wang ( money market ). Secara mudahnya, saham atau ekuiti merupakan belian pegangan milikan dalam sesebuah syarikat. Manakala pegangan dalam money market  ialah suatu portfolio kewangan berjangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun); sebaliknya, bon kerajaan merupakan pegangan jangka masa panjang kerana ianya melibatkan pulangan pinjaman (termasuk keuntungan) yang dibayar oleh kerajaan kepada pelabur. Graf di bawah menunjukkan kemampuan pulangan yang boleh diperolehi daripada pasaran saham. Ini berikutan trend menaik yang biasanya ditunjukkan oleh pasaran saham khususnya bila dilihat dari sudut jangka masa yang panjang. Katakan anda masuk di pasaran pada tahun 1984, dan jika dilihat pada kedudukan Bursa Malaysia seperti yang digambarkan pada paras Kuala Lumpur Composite Index (KLCI)

Ruginya tak melabur di Unit Trust

Hello World Assalamualaikum dunia, Laman ini diwujudkan bagi berkongsi potensi pelaburan yang boleh diperolehi melalui skim pelaburan amanah saham (unit trust) yang tidak mempunyai risiko yang terlalu tinggi mahupun modal yang besar berbanding jual beli saham secara langsung (stock trading). Selain itu, tugas sebagai perunding juga diperlukan bagi memastikan ada pihak yang membantu untuk memerhatikan dan berbincang mengenai prestasi terkini pelaburan unit trust yang telah anda lakukan. Setiap perunding juga perlu mempunyai skil dan kemahiran yang mendalam bagi memaksimakan pelaburan klien anda. Perlu ditekankan, sebagai pelabur, anda juga perlu memahami secara mudah pergerakan pasaran selain membaca kedudukan terkini prestasi pelaburan yang anda telah lakukan. Ini bertujuan memastiakn anda tidak hanya menerima setiap cadangan yang diajukan oleh pihak perunding, malah anda sendiri boleh mencadangkan strategi dan pilihan yang bersesuaian dengan profail anda khususnya bagi mencapa